Friday 8 June 2012

ELEKTROD

 
ELEKTROD

 
OBJEKTIF:


Pelajar akan dapat:
1. Menamakan dan mengenali berbagai-bagai jenis elektrod.    
2. Menerangkan tugas – tugas salutan elektrod.
3. Mentafsir pengkelasan elektrod


PENGENALAN

    Elektrod merupakan logam penambah dalam kimpalan arka. Ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai pelbagai fungsi ketika kerja kimpalan.



PENGHASILAN ELEKTROD

    Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis digunakan, Terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam dan kandungan salutan elektrod. 


PROSES SALUTAN
  1.  Panjang elektrod diantara 230mm hingga 460mm.
  2.  Saiz elektrod disebut dengan nombor 12, 10, 8 dan 4.
  3.  Elektrod no. 12 adalah diameter paling kecil.
  4.  Terdapat 2 jenis proses salutan.
  5.   a. Penyemperitan.  
  6.   b. Mencelup   

 JENIS SALUTAN

A. Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada
       ciri penggunaan.
B. Diantara bahan campuran yang terdapat pada salutan ialah serbok besi,oksida titania,
       sodiom silikon, potassium, asbetos dan ferros.
C.   Salutan terbahagi 3 jenis:
       1. Salutan nipis
       2. Salutan sederhana
       3. Salutan tebal


 
FUNGSI SALUTAN


1.   Menghasilkan gas pelindung
2.   Menghasilkan sangga
3.   Menstabilkan arka
4.   Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khusus pengguna

 
PENGKELASAN

a. Elektrod kimpalan arka pelindung  (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang
      habis digunakan. 
b. Terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam dan kandungan salutan elektrod


SPESIFIKASI 
jenis spesifikasi elektrod  keluli lembut
  Contoh:
  1. AWS  A 5.1 - 557
  2. ASTM A 233  -  557
  3. CSAW 48.1 – 1952 (Kanada)


 KOD ELEKTROD

ØElektrod  boleh  di  kodkan mengikut sistem penomboran seperti  E 6010, E 6013, E 7016
   dan E 7018.
ØSetiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu.
Øcontoh E 6013
  E    -  Elektrod
  60 Kekuatan tegangan
  1    Kedudukan
  3    -  Jenis Arus  


FUNGSI SANGGA
1. Melindungi kumai daripada udara luar sepanjang penyejukkan berlaku.

2. Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah leburan.

3. Mengawal bentuk kumai supaya seragam.

4. Melambatkan kadar penyejukkan bagi membaiki sifat logam.

5. Memberi pelindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam 
    asas.


SIFAT - SIFAT ELEKTROD


A.  E 6010

      1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal
     
2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB)

      3. Penusukan dalam
      4. salutan amat sesuai untuk kedudukan rata dan tegak


B. E 6013



      1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal
      2. Sesuai pada arus terus (DC) dan Arus Ulangalik (AC)
      3. Percikan arka sedikit
      4. Sesuai mengimpal logam nipis
      5. Salutan sederhana


C.  E 7016

      1. Dikenali sebagai elektrod Low Hidrogen
     
2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan AC

      3. Semua kedudukan
      4. Sangga yang dihasilkan nipis
      5. Penusukan dalam


D.  E 7018

      1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal
     
2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan Arus Terus (AC)

      3. Percikan arka sedikit
      4. Semua kedudukan
      5. Penusukan sedikit



JENIS ELEKTROD


Elektrod terbahagi kepada 3 jenis:

1. Elektrod cepat membeku

2. Elektrod sepat mengisi

3. Elektrod cepat membeku dan mengisi



1.  Elektrod cepat membeku

Sifat – sifat Elektrod
a. Menghasilkan penusukan dalam dan cepat beku.
b. Menghasilkan kumai yang rata.
c. Lebih sesuai pada Arus Terus Kekutuban Berbalik.
d. Mengimpal pada kedudukan rata dan ufuk
e. Kerja penyambungan dan pembaikan pada semua kedudukan.


 2.  Elektrod cepat mengisi
 
Sifat – sifat Elektrod
a. Menghasilkan arka yang sederhana.
b. Menghasilkan sangga yang tebal.
c. Sesuai pada Arus Terus Kekutuban Terus.
d. Mengimpal pada semua kedudukan.
e. Rupa bentuk kumai yang sekata dan cantik.

3.  Elektrod cepat mengisi dan membeku

Sifat – sifat Elektrod
a. Menghasilkan kumai yang licin.
b. Menghasilkan sangga yang tebal.
Mengimpal untuk kerja umum.
d. Mengimpal pada kedudukan rata.
e. Salutan tebal membantu penghasilankan arka yang lembut.
  
PENYIMPANAN  ELEKTROD
Untuk menghasilkan kumai yang baik  kualiti  salutan perlu dijaga. Salutan  elektrod 
mengandungi aloi tero. Elektrod perlu disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik   
yang megandungi 50% kelembapan. Oven adalah tempat sesuai menyimpan elektrod.