OBJEKTIF:
Pelajar akan dapat:
1. Menamakan dan mengenali berbagai-bagai jenis elektrod.
2. Menerangkan tugas – tugas salutan elektrod.
3. Mentafsir pengkelasan elektrod
PENGENALAN
Elektrod merupakan logam penambah dalam kimpalan arka. Ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai pelbagai fungsi ketika kerja kimpalan.
PENGHASILAN ELEKTROD
Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis digunakan, Terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam dan kandungan salutan elektrod.
PROSES SALUTAN
- Panjang elektrod diantara 230mm hingga 460mm.
- Saiz elektrod disebut dengan nombor 12, 10, 8 dan 4.
- Elektrod no. 12 adalah diameter paling kecil.
- Terdapat 2 jenis proses salutan.
- a. Penyemperitan.
- b. Mencelup
JENIS SALUTAN
A. Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan
yang bergantung kepada
ciri penggunaan.
B. Diantara bahan campuran yang terdapat pada salutan ialah serbok besi,oksida titania,
sodiom silikon, potassium, asbetos dan ferros.
C. Salutan terbahagi 3 jenis:
1. Salutan nipis
2. Salutan sederhana
3. Salutan tebal
FUNGSI SALUTAN
1. Menghasilkan gas pelindung
2. Menghasilkan sangga
3. Menstabilkan arka
4. Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khusus pengguna
PENGKELASAN
a. Elektrod kimpalan
arka pelindung (SMAW) adalah sejenis
elektrod bersalut lakur yang
habis digunakan.
b. Terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam dan kandungan salutan elektrod
SPESIFIKASI
3 jenis spesifikasi elektrod keluli lembut
Contoh:
1. AWS
A 5.1 - 557
2. ASTM A 233
- 557
3. CSAW 48.1 – 1952 (Kanada)
KOD ELEKTROD
ØElektrod boleh di kodkan mengikut sistem penomboran seperti E 6010, E 6013, E 7016
dan E 7018.
ØSetiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu.
Øcontoh E
6013
E - Elektrod
60 - Kekuatan tegangan
1 - Kedudukan
3 - Jenis Arus
FUNGSI SANGGA
1. Melindungi kumai daripada udara luar sepanjang penyejukkan berlaku.
2. Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah leburan.
3. Mengawal bentuk kumai supaya seragam.
4. Melambatkan kadar penyejukkan bagi membaiki sifat logam.
5. Memberi pelindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam
asas.
SIFAT - SIFAT ELEKTROD
A. E 6010
1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal
2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB)
3. Penusukan dalam
4. salutan amat sesuai untuk kedudukan rata dan tegak
B. E 6013
1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal
2. Sesuai pada arus terus (DC) dan Arus Ulangalik (AC)
3. Percikan arka sedikit
4. Sesuai mengimpal logam nipis
5. Salutan sederhana
C. E 7016
1. Dikenali sebagai elektrod Low Hidrogen
2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan AC
3. Semua kedudukan
4. Sangga yang dihasilkan nipis
5. Penusukan dalam
D. E 7018
1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal
2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan Arus Terus (AC)
3. Percikan arka sedikit
4. Semua kedudukan
5. Penusukan sedikit
5. Penusukan sedikit
JENIS ELEKTROD
Elektrod terbahagi kepada 3 jenis:
1. Elektrod cepat membeku
2. Elektrod sepat mengisi
1. Elektrod cepat membeku
Sifat – sifat Elektrod
a. Menghasilkan penusukan dalam dan cepat beku.
b. Menghasilkan kumai yang rata.
c. Lebih sesuai pada Arus Terus Kekutuban Berbalik.
d. Mengimpal pada kedudukan rata dan ufuk
e. Kerja penyambungan dan pembaikan pada semua kedudukan.
2. Elektrod cepat mengisi
Sifat – sifat Elektrod
a. Menghasilkan arka
yang sederhana.
b. Menghasilkan sangga
yang tebal.
c. Sesuai pada
Arus Terus Kekutuban Terus.
d. Mengimpal pada semua
kedudukan.
e. Rupa bentuk kumai
yang sekata dan cantik.
3. Elektrod cepat mengisi dan membeku
Sifat – sifat Elektrod
a. Menghasilkan kumai
yang licin.
b. Menghasilkan sangga
yang tebal.
c Mengimpal untuk kerja
umum.
d. Mengimpal pada
kedudukan rata.
e. Salutan tebal
membantu penghasilankan arka yang lembut.
PENYIMPANAN ELEKTROD
Untuk
menghasilkan kumai yang baik kualiti
salutan perlu dijaga. Salutan elektrod
mengandungi aloi
tero. Elektrod perlu disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik
yang megandungi 50% kelembapan. Oven adalah tempat sesuai menyimpan elektrod.